Tuesday, November 9, 2010

KELANTAN MEMANG BERBEZA



baru2 ini ketika keluar makan dgn sorang kawan beliau ada meluahkan pendapatnya kpd saya tentang satu perkara mengenai Kelantan. kawan saya tu orang KL, baru 6 bulan pindah Kelantan.

kata kawan tu,

"saya kadang2 pelik bila tengok orang kapel kat Kelantan ni."

"kenapa??"

"yela, saya tengok mereka ni nak kapel macam malu2...duduk jauh2..kalau jalan pulak, sorang duk depan,sorang jalan belakang..nak pegang tangan malu,kalu pegang pun hujung2 je..kelakar la tgk dorang ni..macam budak sekolah pun ada..."

kawan saya ni agak terbuka sikit, maklumla orang bandar..tapi takpe..masa tu saya diam je, tak cakap apa2..sbb nak pikir....

pndpat saya senang je, ini kelantan..budaya disini sgt berbeza brbanding negeri2 lain. sangat berbeza...sementelah pula diperintah oleh pemimpin yg bergelar Ulama lebih kurang 70 tahun lamanya!!!!!

saya pernah tanya kawan saya dari KL tentang persepsi beliau terhadap Kelantan...kata beliau, kalau nak datang sini mesti wajib pakai tudung, padtu kena pakai jubah...tergelak saya dgr kata2 beliau..inilah kelantan, dibawah pemerintahan ulama, berjaya membawa persepsi itu dalam kalangan rakyat luar..

kalau datang sini anda lihatlah kebanyakan wanitanya adalah bertudung dan berbaju kurung..golongan lelaki dan wanita pula pasti di asingkan dalam setiap majlis..jarang dapat lihat wanita berpakaian seksi, berpeluk-pelukan dan pegang tangan dgn lelaki..kalau ada pun hanya segelintir sahaja..

tiada pusat2 hiburan dibina di kelantan, juga panggung wayang(suatu ketika dulu pernah ada), walaupun pembangunan semakin maju, jalan raya banyak dibina, pusat beli belah semakin bertambah serta bangunan2 kian tumbuh ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..(boleh la...)

berbalik cerita kawan tadi, rakyat kelantan sudah dibudayakan dgn adat2 masyarakat orang melayu serta Islam..bila terjadi perkara2 tak elok atau tak diingini dalam kalangan masyarakat, srta merta ia akan menjadi buah mulut masyarakat setempat..Kelantan sebenarnya masih lagi kampung...

tambahan pula ramai rakyat kelantan yang masih pentingkan agama..buktinya, PAS masih memerintah kelantan tanpa bisa digugat oleh kerajaan pusat..saya bukanlah anti-kerajaan dan pro-pembangkang, tapi keharmonian yg ditunjukkan rakyat kelantan serta mendalam nya penerapan ilmu agama oleh pemimpin membuatkan saya gembira dgn kehidupan sekarang..

sesungguhnya saya bahagia bergelar rakyat kelantan biar apa pun pandangan rakyat luar terhadap kami..nak kat konvensional, tak ada kemajuan, katak bawah tempurung, katalah...saya telah lahir, besar dan belajar di Kelantan selama 21 tahun. jasa saya hanya untuk kelantan..

lagi satu jangan hina kelantan dan rakyatnya..ada jugak yg komen, kata orang kelantan suka berbaju kurung. kolot katanya, siap tanya lagi, tak rimas ke!!!!!???

satu perkara yg paling saya bangga dgn kelantan apabila maajoriti penduduk negeri ni adalah berbangsa melayu!!!! berbanding negeri2 lain yg mana melayu bumiputera makin kurang...

budaya dan pemandangan di sini memang berbeda...namun dari hari ke hari makin menyerupai tempat lain apabila negeri yg digelar serambi mekah ni turut dipalit dgn aktiviti2 maksiat anak2 muda...semakin berubah utk pengetahuan anda semua...

jadi pikir sendiri la kenapa kapel di sini jarang yg pegan2 tangan...kepada CHE MUHD NURHASHIMY, puas hati.....hehehhehehe

namun diharapkan pembangunan di kelantan semakin maju seiring dgn kemajuan Islam...sesuai dgn slogan kami, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM..kepada pemimpin, selalula turun padang ye, jange duk pakat harap kokre laen deh...

post signature

TAHNIAH PASUKAN KELANTAN

tak terlambat lagi kalau saya nak cakap tahniah pada pasukan bola sepak kelantan dan penyokong2 The Red Warriors kerana berjaya merangkul Piala Malaysia 2010 pada 30 November yg lalu..

hasil dari kemenangan itu juga dua orang pemain kelantan iaitu Mohd Shahrul Idlan Thalaha dan pwnjaga gol Khairul Fahmi Che Mat telah mendapat anugerah..

Shahrul Idlan Thalaha telah dianugerahkan sbg Penyerang Terbaik dan Pemain Termahal, sementara Khairul Fahmi mendapat anugerah Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Muda Terbaik pada majlis yg sama...TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!!

Khairul Fahmi juga diserap dalam pasukan kebangsaan oleh K. Rajagopal sbg Penjaga Gol pertama dan akan bersama2 pasukan Malaysia dalam Sukan Asia di Guangzhou nanti...






betul,nilah khairul..


p/s : suka tgk muka Khairul Fahmi. mcm muka orang Jepun....


post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...