Tuesday, November 9, 2010

KELANTAN MEMANG BERBEZA



baru2 ini ketika keluar makan dgn sorang kawan beliau ada meluahkan pendapatnya kpd saya tentang satu perkara mengenai Kelantan. kawan saya tu orang KL, baru 6 bulan pindah Kelantan.

kata kawan tu,

"saya kadang2 pelik bila tengok orang kapel kat Kelantan ni."

"kenapa??"

"yela, saya tengok mereka ni nak kapel macam malu2...duduk jauh2..kalau jalan pulak, sorang duk depan,sorang jalan belakang..nak pegang tangan malu,kalu pegang pun hujung2 je..kelakar la tgk dorang ni..macam budak sekolah pun ada..."

kawan saya ni agak terbuka sikit, maklumla orang bandar..tapi takpe..masa tu saya diam je, tak cakap apa2..sbb nak pikir....

pndpat saya senang je, ini kelantan..budaya disini sgt berbeza brbanding negeri2 lain. sangat berbeza...sementelah pula diperintah oleh pemimpin yg bergelar Ulama lebih kurang 70 tahun lamanya!!!!!

saya pernah tanya kawan saya dari KL tentang persepsi beliau terhadap Kelantan...kata beliau, kalau nak datang sini mesti wajib pakai tudung, padtu kena pakai jubah...tergelak saya dgr kata2 beliau..inilah kelantan, dibawah pemerintahan ulama, berjaya membawa persepsi itu dalam kalangan rakyat luar..

kalau datang sini anda lihatlah kebanyakan wanitanya adalah bertudung dan berbaju kurung..golongan lelaki dan wanita pula pasti di asingkan dalam setiap majlis..jarang dapat lihat wanita berpakaian seksi, berpeluk-pelukan dan pegang tangan dgn lelaki..kalau ada pun hanya segelintir sahaja..

tiada pusat2 hiburan dibina di kelantan, juga panggung wayang(suatu ketika dulu pernah ada), walaupun pembangunan semakin maju, jalan raya banyak dibina, pusat beli belah semakin bertambah serta bangunan2 kian tumbuh ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..(boleh la...)

berbalik cerita kawan tadi, rakyat kelantan sudah dibudayakan dgn adat2 masyarakat orang melayu serta Islam..bila terjadi perkara2 tak elok atau tak diingini dalam kalangan masyarakat, srta merta ia akan menjadi buah mulut masyarakat setempat..Kelantan sebenarnya masih lagi kampung...

tambahan pula ramai rakyat kelantan yang masih pentingkan agama..buktinya, PAS masih memerintah kelantan tanpa bisa digugat oleh kerajaan pusat..saya bukanlah anti-kerajaan dan pro-pembangkang, tapi keharmonian yg ditunjukkan rakyat kelantan serta mendalam nya penerapan ilmu agama oleh pemimpin membuatkan saya gembira dgn kehidupan sekarang..

sesungguhnya saya bahagia bergelar rakyat kelantan biar apa pun pandangan rakyat luar terhadap kami..nak kat konvensional, tak ada kemajuan, katak bawah tempurung, katalah...saya telah lahir, besar dan belajar di Kelantan selama 21 tahun. jasa saya hanya untuk kelantan..

lagi satu jangan hina kelantan dan rakyatnya..ada jugak yg komen, kata orang kelantan suka berbaju kurung. kolot katanya, siap tanya lagi, tak rimas ke!!!!!???

satu perkara yg paling saya bangga dgn kelantan apabila maajoriti penduduk negeri ni adalah berbangsa melayu!!!! berbanding negeri2 lain yg mana melayu bumiputera makin kurang...

budaya dan pemandangan di sini memang berbeda...namun dari hari ke hari makin menyerupai tempat lain apabila negeri yg digelar serambi mekah ni turut dipalit dgn aktiviti2 maksiat anak2 muda...semakin berubah utk pengetahuan anda semua...

jadi pikir sendiri la kenapa kapel di sini jarang yg pegan2 tangan...kepada CHE MUHD NURHASHIMY, puas hati.....hehehhehehe

namun diharapkan pembangunan di kelantan semakin maju seiring dgn kemajuan Islam...sesuai dgn slogan kami, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM..kepada pemimpin, selalula turun padang ye, jange duk pakat harap kokre laen deh...

post signature

2 comments:

  1. tp kenapa ramai wanita kelantan rosak...
    kenapa wanita kelantan yg tinggal di KL ramai kerja di pub dan club
    kenapa bila ada pertandingan bola mesti ada pergaduhan kalau kalah.. siap naling mercun...
    cube huraikan hujah2 anda...

    ReplyDelete
  2. senang je jawapan nya..pengaruh..
    mereka terpengaruh dgn persekitaran dan kawan2..disini xde pub,xde klub, tapi sana, of course la blambak..bila mereka keluar akn trkena kejutan budaya dan semua benda nak di cuba...

    pasal bola tu susah nak komen sbb peminat bolasepak sni mmg fanatik giler..cuma kami bukan pengganas spt yg dilaporkan oleh media2 bangang tu(bukan sume)..orang klate memang terkenal dgn sifat 'gedebe' sampaikan pernah jadi isu kat malaysia satu ketika dulu(bukan isu sgt pun)
    akhbar apa saya pun xingt pernah siarkan artikel pasal sikap gedebe org klate...salah satunya mengenai kebimbangan orang luar yg takut datang sini,takut kena pukul..

    kadang2 media berat sebelah tau dgn kelantan...serius

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...