Monday, January 31, 2011

saya gembira di bawah pemerintahan BN


tiba2 saya rasa bangga pulak jadi rakyat malaysia..kenapa?sebab malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional..ya, sangat bangga..

pada 1 februari 2011, tepat jam 12 t.malam, harga minyak RON97 akan naik lagi sebanyak 10 sen..saya berasa sangat gumbira..semestinya kerana saya tidak langsung memakai kenderaan bermotor..yg susah hanyalah adik beradik dan ayah saya je..apa aku nak kisah..bukan pakai duit aku pun...

ini juga merupakan hadiah hasil kemenangan BN pada pilihanraya kecik Dun Tenang..

kesimpulan yg dapat kita buat kat sini ialah apabila harga minyak naik, maka harga barangan lain turutla naik..saya tak kisah, saya masih belajar lagi..kalu tak cukup duit saya boleh minta ngan ayah saya, beliau konpem bagi...bukan masalh pun..kan3

harga minyak kat negara lain murah???biarla..mereka tu negara mundur, kita ni malaysia..bakal menjadi negara paling maju di dunia menjelang 2020..kalah Amareka...hahahahahha

rakyat nak protes, wat rusuhan macam kat mesir???buatlah..saya kan orang BN..mesti kerajaan BN lindung saya..mesti nanti mereka hantar saya ke luar negara utk perlindungan, dapat la saya gi obersee...yuuhuuuuu....

moga2 lepas ni BN "menang" pilihanraya ke 13...jangan bagi can kat PAS ye...

saya bangga jadi anak malaysia..

alamak..tak kena tahan kat ISO ke ni sbb kutuk PAS...???


post signature

krisis di Mesir...(serius)


saya ni kadang2 ambil tahu gak pasal isu semasa, tak kira dalam negara mahupun oberseee...

sekarang sedang kecoh mengenai isu rusuhan di Mesir..benda ni jadi isu apabila rakyat terdapat rakyat malaysia yg belajar di sana terkena tempiasnya...kebanyakan artikel ni saya copy paste dari blog jomphp.com dan krisis mesir, nasib pelajar kita..

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.



1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 6000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, balai polis, kereta diserang, dibakar..

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.


Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. What’s happening in Egypt

3. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

4. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir

Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.



post signature

Sunday, January 30, 2011

sejarah bukan lagi sejarah????


SEJARAH....

matapelajaran yang paling saya tidak gemar masa sekolah dolo2.. PMR dan SPM ok lagi, dapat B..tpi "ketidaksukaan" pada subjek ni kian memuncak masa STPM..buktinya saya FAIL utk subjek tu..hahhahahahah..betapa tidak suka nya saya pada S.E.J.A.R.A.H..

tapi Tun Dr. Mahathir pernah cakap, orang yg xbelajar sejarah akan terus ulangi sejarah..alamak!!!!!

berkaitan dengan sejarah, baru2 ni ada kawan2 saya bagitau tentang video megenai penipuan SEJARAH dunia..(walaupun ada pesbuk saya tetap ketinggalan)..jadi, disebabkan 'toksey' digelar ketinggalan zaman, saya pun jenguk2la YOUTUBE...dan saya jumpa ini :









disebabkan nak tahhuww pasal perkara ni secara mendalam lagi, saya pun bukak google, dan bukak website HARUN YAHYA (dapat dari utube...)..awok kelik jelah deh dan baco sampai abih, kalau rajinla.....

saya pun tak tahhuuwww nak kata, benda ni betul ataupun salah...tapi kalu betul, semestinya kerja kafir yg ada agenda tersembunyi..huuuhhhh....dan pastinya ada kaitan dengan konspirasi utk menjatuhkan Islam..hhiiiiiihhhhh....

dan kalaula benda ni betul, maknanya apa yg kita belajar selama ni (sebahagiannya) hanyalah dusta semata2..oh tidakk...nasib baik aku fail SEJARAH..alamak!!!!

tok tahhuuwww.....


post signature


Saturday, January 29, 2011

beruntungnya jadi saya.

Assalamualaikum w.b.t...

saya rasa sangat beruntung ye kawan2..betul...sangat beruntung...sebab saya belajar kat kampung halaman..betul..kampung halaman...hahhahahahahahahh...macam apa la..

sebelum tu saya nak bagitau, saya sekarang masih lagi belajar kat UiTM Kota Bharu..rumah saya pulak kat kg Tendong, alah kat Pasir Mas..jarak rumah saya dari KB ialah kira2 30km..tambang teksi rm3, tapi kalau dapat pak cik baik hati dia ambik rm2 je..tapi kalu naik bas, tak kira pak cik baik hati ke, busuk hati ke tetap dapat rm2 je..tapi perkara yg selalu je jadi masalah kat kelantan ni ialah BAS SELALU DATANG TAK IKUT 'TIME' !!!!!

(sebelum ni saya ulang-alik dari rumah ke kelas, tapi atas sebab2 yg xdapat dielakkan saya d"halau" oleh bapak kesayangan saya supaya menetap di rumah sewa mak cik yg telah halau saya dulu..faham ke tak?????)

saya nak bagitau yg saya ni berasa sangt beruntung sebab saya belajar kat kampung halaman..(ulang lagi)..KAMPUNG HALAMAN...

untungnya bila tiba musim cuti sama ada cuti semester, cuti perayaan (umum), mahupun cuti ujung miinggu..yela, senang2 je dapat balik rumah..tak yah penim kepala pikir takot2 tiket bas habis..tak payah abiskan duit utk beli tiket bas.tak payah minta kawan teman utk beli tiket dan tak payah melutut minta jasa baik kawan utk hantar ke stesen bas Langgar ataupun TESCO bersama dgn bagasi kiri kanan yg saiz macam BIG SHOW..kan3...




pastu kalau cuti ujung mingu pulak konpem dapat balik sokmo walaupun dua hari je..



semasa teman kawan yg nak balik kampung kat stesen bas,nampak muka beliau yg sedang risau, bimbang dan takooottt...risau,bimbang dan takut tertinggal atau ditinggal bas...keh..keh..keh...(indah weyyy dapat gelakkan orang)

tapi kadang2 nak gak rasa kesusahan mereka..rasa bimbang kot2 tiket abis, bimbang kalau2 kena tinggal bas, dan sedih rindukan family..


nak juga rasa balik kampung naik flight, tapi persoalannya boleh ke naik flight ke Pasir Mas??????



post signature

Tuesday, January 11, 2011

BILA WAKTU TELAH TERHENTI

berita membabitkan pesawat atau kapal terbang penumpang terhempas sebenanya jarang kita dengar berlaku kat malaysia ni..risau jugak saya kalau2 kes macam ni ada pun badi,macam kemalangan bas mahupun penculikan kanak2, sekali berlaku, esok lusa kejadian sama berlaku lagi..pantang keluar paper..Astaghfirullahalazim...mintak2 dijauhkan Allah..

itu semua bukan badi, tapi ketentuan ILAHI..

hari ni (11.1.2011) saya ada ternampak gambar kemalangan yg membabitkan pesawat AIR ASIA yg berlaku di Kuching Sarawak..Maasyallah..terkejut gak..semasa banyak berlaku kes kemalangan yg membabitkan bas ekspres tahun lepas, saya ada terpikir, macam mana kalau benda2 gini (kemalangan) berlaku kat kapal terbang penumpang..alah, yg macam dalam citer omputeh tu..tentu dahsyat..dan benda ni telah pun berlaku..

pelajarannya: jangan pikir bukan2..





tapi kes AIR ASIA tersebut difahamkan xdela melibatkan kehilangan nyawa..Alhamdulillah. 4 orang dilaporkan oleh Bernama cedera ringan, namun xpasti pula jumlah penumpang sebenar dlm pesawat tu...

kalau nak tau pesawat tu nak mendarat di Lapangan Terbang Antarabansa Kuching(KIA), kebetulan pulak masa tu hujan lebat...mungkin keadaan licin..masa tu pukul kira 10.20 malam. lapangan terbang itu ditutup sehingga pihak berwajib (bukan najib) umumkan kelak.

bila lihat kejadian ni teringat lagu Opick - Bila Waktu Tlah Berakhir



post signature

KELANTAN LAGI...


"Saya tidak hairan bila ada kawan² bukan dari Kelantan bertanya soalan sinis kepada saya, “Apa yang ada kat Kelantan?”. Memang, tiada apa di Kelantan. Itupun kalau kau mengharapkan disko, pub, jungle, bistro dan sebagainya di Kelantan. Kalau dulu saya pun sedikit terkilan dengan ‘ketiadaan apa²’ di Kelantan, tapi kini saya tahu apa yang saya inginkan, ada di Kelantan, iaitu satu ketenangan dan kedamaian. Bukan kerana kampung halaman saya sendiri, tapi kerana tiang seri solatnya hidup di Serambi Mekah tersebut."





kekalkan kepimpinan ulama..jangan jadi toghut

siapa suka kalau negeri tempat darah mengalir dipijak-pijak, dipersendakan dan diperkotak-katikkan...Betul...suatu ketika dulu Utusan Malaysia pernah siarkan rencana mengenai sifat "gedebe" rakyat kelantan.( Utusan adalah kroni UMNO)..
sungguh political thinking...heheheheheheh

saya tau saya ni bukan nya baik sangat..solat saya pun belum tentu Allah terima..tapi sekurang2nya saya tau yg sikap merendah2kan manusia adalah tergolong dalam sifat mazmumah..so, pls do respect others!!!!

“Masuk ke Mesir, jangan hanya dari satu pintu!” pesan Yaaqub kepada anak-anaknya. - Saifulislam.com

post signature

TEH TIMBANG BAHAYA KE?????

"mulai dari saat ini TEH BENG ditukar jadi KOPI BENG...."

baru2 ni keluar cerita kat akhbar2 utama mengenai bahayanya teh timbang utk kesihatan..sebenarnya saya dah lama tahu tentang hal ni, cuma pelik kenapa baru sekarang isu ni timbul..memng la teh timbang ni bahaya, sbb ia mengandungi bahan pewarna yg tinggi..yela, teh ni kan sesuai utk buat TEH BENG sbb warna ia pekat..xmacam teh uncang...tapi saya dah lama tau bnda ni bahaya, dan minum pun jarang2 je ( tp tetap minum, nk wat camne dh suka..hehehehehe

dah berabad dah org tau betapa bahayanya benda ni..mungkin baru skarang pihak kementerian kesihatan nak ambil tindakan kot..mungkin baru sekrang dorang kaji akta peraturan makanan kottttt..kehkehekeh....

tp mengikut laporan yg dibut oleh pihak akhbar, kebanyakan yg guna teh timbang ni ialah rakyat kelantan...tak kira kat kwn bandar ke, kampung ke, sumer balun...kenapa ye????


teh........


......timbang

ada org kata sbb rakyat kelantan "kampung" sikit, xsekolah tinggi..ye ke??? tapi lecturer saya kata rakyat kelantan la yg paling ramai masuk universiti berbanding negeri2 lain..saya juga dapat tahu yg rakyat kelantan paling ramai berhijrah ke bandar2 besar spt KAY-EL, SELANGOR dll...(tp skarang xtau la cmne kan)..23% tenaga pengajar di unibasiti seluruh negara adlah rakyat kelantan....


JELI 2 Jan. – Teh timbang atau teh sukat yang amat digemari oleh penduduk di negeri ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan, Ahmad Nadzri Sulaiman berkata, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.

“Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di rata-rata kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama,” katanya.

Katanya, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.

Sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Kesihatan Kelantan dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan pihak itu.

Peniaga restoran, Meriyam Sholah, 45, berkata beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu.

“Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising,” katanya.

Katanya, harga teh timbang juga lebih murah berbanding teh uncang dan perkara itu penting bagi perniagaannya.

Puad Zainudin, 50, pula berkata beliau pernah mendengar mengenai bahaya penggunaan teh timbang bagaimanapun tetap menggunakannya.

“Saya beli yang harga RM12 sekilo, yang murah RM7 sekilo...yang murah aroma teh tak kuat,” katanya. – BERNAMA


post signature

Monday, January 10, 2011

ANA RAFFALI KE????


saya tak tengok pun anugerah juara lagu 25 (AJL 25), tapi ada la kawan2 bagitau sikit2 tentang persembahan malam tu...bila dengar dorang cerita naik syok pulak..so apa lagi, bukak la TONTON...hhhmmmm..boleh la tahan persembahan dorang...

pada malam AJL tu saya dah tido sbb ngantuk sgt..tgh syok2 mimpi SAMIR NASRI tiba2 kawan mesej:

persembahan terbaik : pejal tahir (hanyut)

vokal terbaik : apih (noktah cinta)

tempat ke-3 :noktah cinta (apih)

tempat ke-2 : drama king (MUH & blek )

tempat pertama : TOLONG IGTKAN AKU (ANA RAPALI )

***pantas dan efisen sungguh inpomer aku nih...

daripada mata yg tgh kuyu sbb ngantuk tiba2 je jadi bulat...terkejut beb ana raffali menang..

esok harinya pulak kuar citer ramai yg tak puas hati beliau menang..takleh trima la tu pejal tahir kalah..sampaikan peminat beliau wujudkan satu page kat pesbuk..kat bawah ni la :


kenapa ana menang??? sbb AJL adalah pertandingan LAGU, bukan PENYANYI..dan diadili oleh JURI, bkan BLEKBERI korang..kalau nak pejal tahir menang korang buatla pertandingan sdiri, ANUGERAH JUARA LAGU PEJAL TAHIR..lagu yg bertanding adalah lagu keluaran pejal sepanjang tahun, pastu dia sorang je yg nyanyi selama 2 jam..konpem2 dia menang kan..kan..kan...bukan anti pejal, tapi anti peminat fanatik pejal tahir..

tgk Wanita Hari Ini tadi, dan dapat tau nama ana raffali sbnar ialah, Ana Nur Hidayah Mohamad Raffali..kenapa la aku baru tau...LAST STATION!!!!


post signature

Sunday, January 9, 2011

Fakta belanja Perdana Menteri Malaysia


sejak berlakunya isu kenaikan harga barang kat Malaysia ni saya jadi berminat untuk mengetahui hal2 berkaitan politik dalam negara..saya tak nak la nati jadi seperti katak bawah tempurung..

dipendekkkan criter, bila balik je dari kelas tadi saya terus buka laptop (dan dan je)..cek email dan terbaca satu pendedahan yg cukup menyakitkan hati saya...aaarrrgghh..alah pasal pemimmpin negara kita jugak..tp xpasti sama ada bnda ni betul atau tidak, tapi...macam betul je..saya copy paste je la kat bawah ni:

Fakta belanja Perdana Menteri Malaysia:

Dalam masa 274 hari Datuk Seri Najib dan isterinya Rosmah Mansor telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894.91 wang rakyat. Maksudnya sehari sebanyak RM31,840.50 telah dibelanjakan !!! Wang sebanyak itu telah digunakan oleh Najib dan isterinya untuk perbelanjaan mereka ke luar negara!

Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran April 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan hampir RM9 juta untuk perjalanan ke luar negara.

Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan tersebut di Dewan Negara pagi ini. Senarai tersebut yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Najib pergi ke luar negara atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.

Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini.

Lawatan luar negera pertama Najib ialah ke Thailand pada 10 April 2009 – seminggu selepas beliau mengambilalih pentadbiran daripada mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang memakan belanja sebanyak RM78,507.55.

Perjalanan lain termasuk ke Perancis selama sembilan hari dari 1 hingga 9 Oktober 2009 melibatkan perbelanjaan RM630,467. Kos perjalanan termahal ke sebuah negara berlaku di antara 20 September dan 8 Oktober tahun ini di mana Perdana Menteri membelanjakan RM1,043,923 di Amerika Syarikat.

Najib membelanjakan jumlah berbeza dalam dua perjalanan berasingan ke Thailand. Dalam perjalanan pertama, Najib membelanjakan RM3,346.08 dan dua minggu kemudian, di antara 6 dan 10 Disember, beliau membelanjakan RM84,573.04.

Najib menghabiskan 274 hari dari sejumlah 588 hari di luar negara sejak menjadi perdana menteri (sehingga 19 November 2010).

Najib turut membawa isterinya Rosmah Mansor dalam kebanyakan perjalanan ini.

Sidang Wanita Pertama yang diilhamkan Rosmah yang hanya disertai oleh 16 orang (termasuk Rosmah Mansor) isteri-isteri ketua negara-negara Afrika yang berlangsung Oktober lalu mengakibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.498 juta.

Fakta di atas telah didedahkan oleh Senator PKR Dr Syed Husin Ali di Dewan Negara.

Syed Husin telah meminta akaun terperinci jumlah perbelanjaan sidang itu. Beliau memperoleh jawapan bertulis dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Bagaimanapun beliau berkata jawapan balas yang diberi tidak memadai kerana ia hanya menunjukkan jumlah keseluruhan dan bukannya perbelanjaan secara terperinci.

Dr Syed Husin Ali turut mengkritik Rosmah kerana mengambil peranan Wanita Pertama kerana kedudukan tersebut dikhaskan untuk Raja Permaisuri Agong.

“Apa asas untuk memberi RM4.5 juta kepada isteri Najib untuk mengadakan persidangan ini? Apa pula peranan Raja Permaisuri Agong?” tanya beliau.

kalau perbelanjaan xmelebihi yg sepatutnya xkan la org nak dedahkan

dalam pada ramai student yg makan megi semata2 nak jimat duit utk beli buku, mak bapak terpaksa alirkan beribu2 ringgit utk pengajian anak kat sekolah, masih ramai rakyat yg makan nasi berlaukkan garam, penjenayahan yg semakin meningkat akibat tekanan ekonomi, jual tin dan botol utk cari rezeki halal, namun ada jugak pemimpin yg bersikap tuuuuuttt...malas cerita arrrr..

harga barang naik dan menteri dituduh terlibat dgn kes rogol (alah, kes rais yatim tu)..kes teh beng hock pulak dah jadi macam drama swasta..kejap cakap mati dibunuh, pastu cakap bunuh diri pulak..alih2 keluar keputusan DIBUNUH PUN TAK, BUNUH DIRI PUN TAK..senang2 cakap je la TBH tu xmati..dengar2 citer tokey kasino ada yg melayu..hmmmm...

ter'over' sikit malam ni...maaf kalau ada yg marah....


post signature

Friday, January 7, 2011

SAYA SUKA SAMIR NASRI PULAK....


"minum kopi o panas (ganti teh beng) sambil layan Arsenal lwn Manchester City kat Astro..."

semenjak 2 menjak ni xtau kenapa saya giler sungguh nak layan Barclay Premier League (BPL). kdg2 tu sampai berjaga sampai pkul 4-5 pagi smata2 nak tgk feveret team beraksi..mmg pelik kalau org perempuan jadi kakai bola, tp benda biasa kat luar negara..malah kdg2 org ppuan plak terlebey sudaaaaa.... nasib baek la kat rumah ada Astro...kalau tanya team Bpl apa yg saya suka, tentulah ARSENAL...



xtau knp mnat giler dgn Arsenal...mungkin suka cara dorang main..tapi dalam ramai2 pemain saya paling suka SAMIR NASRI la..opcos sbb dia hensem...heheheheheheheheheheh..tapi 2 bkan sbb utama, dia mmg hebat dowh..cara dia gol pun cantik..sampaikan ada yg gelar dia sbg pengganti Zinedine Zidane...maklumla dia ni pn dari pasukan Perancis gak!!!!!


walaupun sedikit jongang, tapi seksi la...hehehehehehheheehheh









nak maen kena la baca doa dulu....

STBSNK : tunggu sponsor tiket ke EMIRATES, naik FLY EMIRATES, ke STADIUM EMIRATES dapat la jumpa beliau..hihihiihihihih


post signature

Wednesday, January 5, 2011

KONTROVERSI NYA MELODI, MAHER ZAIN

saya sebenarnya sentiasa menonton melodi setiap minggu sbb sy ni kipas-susah-mati FaFAU..tp kadang2 sampai tertidur gak sbb isu yg di kupas kdg2 agak membosankan, tambah2 plak waktu t.hari..ngantuk beb...sedar2 je dah nak abes Buletin 1.30.......



tp minggu lepas (2/1/2011) sy terlepas utk menonton rancangan tu sbb ada urusan sikit..so, sy tak tau la isi kandungan nya hari tu..sehari lepas tu saya ada la terbaca dalam facebook Maher Zain Fan Club kenyataan, atau lebih tepat lagi maklum balas admin fanpage tersebut mengenai intebiu dlm segmen TERJAH oleh wartawan Melodi ( tak pasti siapa) terhadap Maher Zain yg disifatkan spt memfitnah...sebelum tu, Melodi telah menyiarkan intebiu antara wartawan melodi dgn Maher Zain sewaktu beliau datang Malaysia baru2 ni..



lepas Melodi siarkan temu bual tu, mengamuk peminat2 Maher Zain (termasuk saya)...saya copy n paste kat bwh ye:

"Rancangan hiburan Melodi TV3 yang bersiaran pada 2 hb Januari 2011 yang menampilkan Brother Wahid dan Brother Zizan sebagai pengacara benar-benar mencuri tumpuan penonton. Mana tidaknya, permulaan tahun baru diselitkan dengan isu-su yang cukup ‘matang’ dan ‘bermanfaat’.

Alhamdulillah, permulaan rancangan dimulai dengan laporan Anugerah Skrin yang baru sahaja berlangsung minggu lepas. Pelbagai trend pakaian yang ‘islamik’ ditunjukkan oleh artis dari event berkenaan. Saya amat-amat teruja dan berterima kasih kerana memperkenalkan kepada warga Muslim Malaysia inilah artis yang layak dijadikan ‘contoh’ oleh remaja Islam di Malaysia.

Kemudian, diselitkan pula kisah pemergian Allahyarham Faizal Yusof, seorang pelakon yang berbakat, juga merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana. Al-Fatihah untuk Allahyarham. Pengolahan dari kisah ini benar-benar membuatkan penonton seperti kami cukup terkesan dan mengharapkan pemergian beliau ini menjadi iktibar kepada kita yang masih hidup. Juga menjadi iktibar kepada semua artis baik penyanyi, pelakon dan wartawan hiburan (terutama wartawan Melodi) yang mati itu bukan atas faktor muda atau tua, sihat atau sakit, tetapi atas faktor ajal.

Seusai laporan mengenai Allahyarham Faizal Yusoff, terlitlah pula kisah Brother Maher Zain. Melalui wawancara yang dikeluarkan, dapat diringkaskan yang wartawan Melodi memulakan slot Sensasi Melodi dengan perkara ini :

1- Intro tag dengan satu persoalan adakah Maher Zain seorang yang tidak berdisiplin
2- Kemudian, menyatakan Maher Zain tidak ke Rancangan Nasi Lemak Kopi O pada 26hb Disember atas sebab bangun lambat
3- Seterusnya, wartawan Melodi bertanyakan adakah Maher Zain ke Malaysia untuk keuntungan semata-mata atau untuk dakwah
4- Dan slot Sensasi Melodi ini dirumuskan dengan kata-kata : “Betul atau tidak apa yang dikatakan Maher Zain, itu antara dia dan Allah”

WOW! Cukup ‘hebat’ soalan-soalan ini. Ini benar-benar satu ‘perubahan’ baru dari rancangan hiburan Melodi TV3. Amat-amat tepat dengan tagline Melodi : “Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi”, dan wartawan Melodi menterjemahkan ia dalam bentuk bentuk laporan berita untuk Slot Sensasi.

Saya mewakili teman-teman Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) amat-amat ‘berterima kasih’ kepada pihak Melodi TV3 atas liputan yang cukup bernas berkenaan. Semoga segala kekurangan Maher Zain menjadi kekuatannya satu hari nanti. Maaflah jika Maher Zain terlalu lama bersolat subuh berjemaah di Masjid Besar Shah Alam menyebabkan beliau keletihan, ‘tidur semula’ dan ‘lewat’ untuk bangun tidur kemudiannya. Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah.

Semoga tahun baru 2011, Melodi TV3 terus sukses dan menjadikan para artis semakin selesa ditemubual, yang hampir-hampir bercerai akan semakin akrab dan berbaik semula dengan pasangannya, mereka yang sudah bercerai akan rujuk semula, mereka yang suka mengumpat akan insaf dengan perbuatan mereka, artis yang berpakaian sendat akan terus berjubah, artis yang minum arak akan bertaubat dan minum air milo ais, artis yang berposing di kolam renang akan berposing di kolam wuduk masjid, dan artis yang suka bangun ‘lambat’ dan tidak solat Subuh bangun awal serta bersolat Subuh berjemaah di masjid.

Nota :

Maher Zain tidak mengecewakan peminatnya. Buktinya, beliau telah hadir ke rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada hari semalam (1 Januari 2011) dan meminta maaf akan ketidakhadirannya ke rancangan berkenaan pada 26 Disember 2010. Dan beliau juga telah menyatakan berlaku miss communication yang menyebabkan beliau tidak hadir pada tarikh berkenaan. Lain kali, kalau nak bikin isu macam ni, sila tanya dulu kepada pihak pengurusan Nasi Lemak Kopi O, juga kepada pihak KMG Globalzone. Bukan terus terjah Maher Zain dengan soalan-soalan yang tidak masuk akal. Nasib baiklah rancangan di televisyen bercorak 1 hala sahaja, paparkan isu tanpa ada ruang untuk dijawab secara terus oleh mana-mana pihak. Kalau rancangan melodi TV3 persis laman sosial facebook, ada pro dan kontra, alamatnya tutup la fanpage kalian. Akan jadi seperti kes penayangan Iklan Aidilfitri versi Krismas yang lepas.

Nota tambahan :

Benar, publisiti untuk Maher Zain perlu di media, namun ia persis percikan bunga api. Nampak cantik bukan, tetapi percikannya menyakitkan..

Ikhlas dari :

Akhi Fairuz | Admin MZM-FC"Link

selain tu, saya terbaca gak dalam satu laman web yang turut menghentam Melodi..klu nak tau klik kat sini

http://www.amenoworld.com/2011/01/02/melodi-kenapa-melodi-fitnah-maher-zain/

bukan tu je, drama terus bersambung apabila wartawan melodi, yakni Azuan telah membalas kenyataan dari pihak2 tersebut...

tak cukup dgn itu, laman web tu terus menegakkan pendirian masing2..hahhaha..mmg drama..klik je kat link bwh...

STBSNK : kesian tgk artis nak menjawab soklan yg ditanya wartawan Melodi....


post signature



Saturday, January 1, 2011

FATIN NABILA MUSTAFFA TU SAPER???

"minum teh beng di kedai kopi bersama fatin nabila..dia belanja...tapi,saper dia tu????"

kalu tanya Dato' M. Daud Kilau saper Fatin Nabila Mustaffa tu, sumpah dia tak kenal. siap buat muka konpius lagi...budak ni tak de la istimewa sangat sebab dia bukan tergolong dalam kategori kanak2 istimewa..tapi saya pun tak tau sebab apa saya nak tulis kisah dia dalam blog ni..dia tak penting pun..mungkin dah takde idea kot...hmmmm...

saya pun sebenarnya takdela kenal sangat si Nabila a.k.a Na ni. ada la kenal sikit2..sikit je la..


ni la nabila..dia suka makan cendawan sebenarnya..

saya stat kenal Cik Na masa sekolah dulu. beliau ni satu sekolah dgn saya..nama sekolah tu SMK Tendong (tak sangka saya masih ingat lagi nama sekolah..)dia ni agak fehmes la kat sekolah (sajer nak ada2kan criter..)..Cik Na fehmes adalah kerana beliau pandai (kalu exam konpem namanya akan di panggil semasa perhmpunan sekolah utk trima adiah...uiii fehmess...) ..sebab yg kedua ialah beliau cantik..kot..(tak sanggup nak mengiyakannya) sampaikan ada sorang kawan laki sekelas saya yg minat giler kat dia..mesti kau tengah kembang skarang setelah mengetahuinya..kan3...dan sebab yg ketiga adalah kerna beliau seorang pengawas sekolah.adalah menjadi lumrah di sekolah saya bahawa sesiapa yg jadi pengawas akan terus dikenali terutama ketika di tingkatan 4,5 & 6...

saya tak kenal sangat dia ni..yang saya tau dia memang wujud la kat sekolah tu..tp tak tau la dia perasaan ke tak yang saya ni pun ada share gak kat sekolah tu...

gambar ni tak memberi apa2 kesan pada saya...

beliau ni lahir kat Kota Bharu, Kelantan (agaknya la..salah kot..xpe2, tu menunjukkan saya tak kenal dia) dan sedang menyambung pelajaran di IPGM PENANG CAMPUS - MACQUARIE UNIVERSITY...jangan tanya sbb aku pn xtau hape kemendenya tu..
lepas abis sekolah saya terus tak dengar cerita pasal dia, sebab takde orang nak tolong ceritakan..yelah, dia bukan penting sangat pun sampai semua orang nak ambik tau hal dia..kan3...

tak lama lepas tu saya tertengok fesbuk dia..ada ramai "mutual fren"..tapi saya tak "add" pun dia..watpe nak add, tak penting pun..ehemmm..
tapi tiba2 nak jadikan cerita, beliau "add'' saya.. terkejut??? tak delah..buat pe nak terkejut, biasa je punnnnnn...saya ni, yela tak nak kecewakan hati orang, terus approve..
tak sampai 5 minit pastu dia tegur saya..macam2 dia tanya saya,duk mana skarang,blaja mana, bila cuti..banyak la...saya tiba2 rasa sebak, tak sangka saya ni ada "femihnat"....

18 Disember 1990 adalah tarikh lahir dia..haaaaa... nilah sbb saya tulis kisah dia kat blog ni...
sebab apa????? SAYA LUPA LA BESDAY DIA!!!!! hadooiiiiii...
bila ingat je dah pun masuk tahun baru 2011..maknanya saya wish kat dia pada 1.1.2011 ..waaaa..malu siot.. masa ni saya rasa betapa pentingnya dia pada saya..kenapa penting??? suka atila..

jangan puji beliau sebab beliau sangat perasaan...

saya tak kenal rapat pun dia tapi saya nak sangat tulis kat blog ni yang saya rasa teramat bersalah dekat beliau...huuuuu
takpe2..nati tawun depan sayala orang pertama yg akan wish besday kat dia..siap bagi adiah besar lagi (mati aku...)

papehal, kepada fatin a.k.a nabila a.k.a na , HEPI BELATED BEDIL!!!!! terima kasih sebab sentiasa tegur...maaf la kalau terasa hati, gurau2 je....

STBSNK : terima kpd kawan2 lama yg tak lupa pada saya..walau setinggi mana memandang langit, jangan lupa rumput di kaki...


post signature

SENYUM PISANG BERSAMA MASTIKA


"baca mastika sambil makan pisang goreng"

KISAH 1 - KUCING

Suatu hari, seorang budak membeli sebungkus serbuk pencuci di sebuah kedai dobi. Pekedai itu amat hairan apabila melihat budak itu membeli terlalu banyak serbuk pencuci. Maka berlakulah dialog antara mereka berdua....

Pekedai : Dik, nak buat apa beli banyak sabun basuh ni?

budak : Sabun basuh ni untuk kucing saya! Dah lama dia tak mandi!

Pekedai : Utuk kucing? Banyak sabun tu, nanti mati pulak kucing tu!

Budak tu terus terdiam dan balik ke rumah untuk memandikan kucingnya....Esoknyabudak itu datang ke kedai dobi dengan muka sedih.

Pekedai : Hah, dik macam mana dengan kucing adik tu? Dah bersih? Wangi?

Budak : Tak pak cik, kucing saya dah mati!

Pekedai : Hah, dah mati. Kan pak cik dah cakap sabun tu terlalu banyak utk memandikan kucing tu!

Budak : Bukan sebab sabun kucing tu mati pak cik!

Pekedai : Habis tu????

Budak : Kucing tu mati sebab mesin basuh tu pusing laju sangat

Pekedai : @#!%$8&


KISAH 2 - TEPUNG

Cikgu sedang mengajar bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Cikgu : Abu, boleh kamu buat ayat menggunakan perkataan tepung?

Abu : Itu senang saja cikgu....ayatnya ialah ; Emak sedang membuat kek di dapur.

Cikgu : Mana tepungnya???

Abu : Tepung, kan dalam kek tu..ckgu ni tak sekolah ke?


post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...