Friday, November 25, 2011

manusia,sabar,katak dan dotdotdot

Susahla kalau nak cakap pasal manusia ni.Masing-masing ada perangai tersendiri,termasuk kita. Normal la manusia kan. Kalau yang boleh faham tu takpela,tapi kalau yang otak bengap macam kambing, tak boleh nak faham jiwa orang lain,memang tak lama la hidup..nasihat kita, pegi la cepat-cepat tempah batu nisan.


kita hangin betul la dengan seorang manusia ni (tahniah kepada kita kerana masih mampu gunakan perkataan "seorang") . Tak lain dan tak bukan mestila nak ngumpat pasal kawan kannnnnn......


straight to the point, awal-awal hari tu kita dah bagi warning, jangan buat bising ketika orang sedang tidur. Tapi tak tahula apa yang dia tak puas hati sangat dengan kita sampai benda macam ni pun tak boleh nak ikut. Nak study, study je la. Kau buka lampu dalam bilik tu sampai subuh pun kita tak kisah sebenarnya sebab kita ni boleh tidur samaada dalam gelap mahupun cerah. sebab tu lah waktu siang pun kita boleh "jenera" ..tak faham sila minta bantuan Encik Gugel..
Tapi paling kita hilang sabar apabila kau siap nyanyi-nyanyi lagi sambil dengar lagu. Kalau suara sedap macam stacy tu boleh la kita maafkan. Ore klate kato 'buleh wat ngulit'. Tapi masalahnya suara kau membuatkan kita makin payah nak tidur. Apa maknanya??? Makna nya suara kau tak sedap!!!!!!!!!! lebih teruk dari suara katak panggil hujan yang kat luar tingkap tu..patutla Kota Bharu ni dah seminggu turun hujan............





malam tu nak je kita sound kat budak-suara-katak tu. Mestila hangin,dah la esoknya kita ada kelas pukul 8 pagi. Kau nak suruh kita tersengguk-sengguk dalam kelas ke apa..kau tu takpela dah seminggu ponteng kelas


Kita dah kata, kita ni jahat,perangai kitala yang paling teruk dalam rumah ni,malah dalam dunia sekalipun. Tapi kita tak tunjuk lagi sebab kita masih sabar. Semester ni la kita jadi paling penyabar..betul.....


dan disebabkan sifat sabar yang "sikit-sikit" tu la kita tak marah budak tu. Kita keluar terus dari bilik tu dan tidur atas sofa kat luar. Biar kau terasa sikit yang kita ni tengah marah. Tapi sekali lagi kita nak cakap,entah bengap ke apa budak ni,boleh dia buat bodoh je dengan kita,tegur-tegur kita macam takde pape berlaku...nak minta maaf.??? harammmmmmm..geram je nak lempang muka innocent dia pagi tu..Tapi takpe,sabar punya pasal..diulangi, SABAR....




Dah, malas dah kita nak bercakap dengan dia..Malas nak peduli.Tapi kalau sekali lagi dia buat kita marah,automatically, kita akan jadi orang paling jahat dalam rumah ni..Seumur hidup kau akan benci kita..okeisssss...boboiboy.......


*nak bercerita kat orang tu,tapi mungkin dia buzy kat sana..tapi dia macam tak faham je bila kita kata kita tengah marah.kita nak sangat dia tanya kenapa kita marah.i'm very need your attention..........
takpela,pendam lagi...



post signature

Tuesday, October 18, 2011

Maaf





kita tak tahu kita salah ke tak
tapi kita rasa elok kalau kita minta maaf
sebab kita rasa kita memang ada buat salah dengan kamu
kita bukan marah betul-betul pun hari tu
kita gurau-gurau je
memang kita ada terasa hati sikit dengan kamu
kita terasa hati sebab kamu dah mungkir janji
kita sama-sama janji untuk pergi sana
tapi ....
kita sedar ,kita hanya mampu merancang
dan kita juga sedar Allah yang menentukan segalanya
takpela, kamu pun dah minta maaf
dan kita pun dah maafkan kamu
kita tahu kamu tak sengaja
kita tahu sangat-sangat



bila kita tak bercakap dengan kamu bukan bermakna kita marah kamu
kita cuma bergurau je
betul...kita bergurau je.............................


kita memang banyak masalah yang nak perlu diselesaikan
kadang-kadang kita rasa diri kita ni lebih dari perdana menteri pula
semua benda nak kena fikir
padahal tu semua bukan masalah-masalah kita pun
saja nak bebankan diri...
kita memang kejam kat diri sendiri
dan....sebetulnya
kita tak suka cerita masalah kat orang
memang rumit nak bagitau orang masalah kita
kadang-kadang orang salah tafsir akan kata-kata kita
kadang-kadang orang salah anggap akan situasi kita
susah nak cari yg betul-betul faham


kamu...
kita tak tahu macam mana nak minta maaf dengan kamu
tapi takpe la..kita rasa kita ada jalan untuk pujuk kamu
tapi tak tahu la cara kita akan berhasil atau tak
tapi kita akan cuba
walaupun kita terpaksa berhabis wang ringgit sekalipun...
kita tak kisah demi kamu...kawan kita
kita tak kisah sangat-sangat


kita berdua memang la bukan kawan rapat
tapi kita hargai sangat-sangat kawan yang kita ada
sebab tu kita sanggup bersusah-susah untuk kawan-kawan..
lebih-lebih lagi demi kamu yang sangat baik hati
sangat-sangat baik hati......


:: kawan sejati sentiasa di sisi


post signature

Sunday, October 16, 2011

Tajuk Tak Penting

nak bagi ayat cliche ckit.."hidup ni memang banyak masalah"
kita ni bukan la manusia yang baik sangat pun
tapi kita cuba nak baik dengan semua orang
kita percaya, baik dibalas dengan baik adalah perkara biasa
tapi kalau jahat dibalas dengan baik adalah perkara luar biasa
kita nak luar biasa..boleh???
kita tak nak gaduh dengan sapa2 pun
tapi kita tak faham kenapa orang pandang kita pelik
kalau kita buat salah kita minta maafla
mungkin kita tak sengaja...


macam mana nak bertolak ansur kalau diri dipijak-pijak
bila buat baik ada pulak yg menyelit
bila kita marah dicopnya kita macam2...tak puas hatila dengki la,nak publisiti la
padahal kita nak bela diri je pun
bila diam,kata kita marah
padahal kita penat..Allah je tahu betapa penatnya kita
penat dgn hal peribadi yg tak habis2,keluarga,kawan2,belajar
macam-macam....
tapi kita tak berkongsi dengan orang lain
kita tak percaya langsung kat siapa2
takut satu dunia depa dok canang masalah kita
memang kita perlukan seseorang yg kita boleh percaya
tapi hanya Allah yg tahu bila kita akan jumpa dia
berat sangat masalah dalam dada ni...nak keluar,tapi kita kata jangan
kejam tak kita?????
tapi kita tahu kita kena kuat
kita kena belajar berdikari
ayah kita pun sorang2,kita faham sangat perasaan ayah
kita faham sangat2..........


takpela....
kita boleh buat biasa je
kita akan cuba untuk gembira
supaya orang sekeliling pun turut sama...gembira
kita nak main gurau2,pastu main teka-teki
terpulang la depa nak layan ke tak teka-teki kita ni
takpela mereka tak faham kita pun
sebab mereka tak pernah susahkan kita pun
kita suka kawan dengan mereka semua
kita suka sangat2............










post signature

Thursday, October 6, 2011

Talam Bermuka-Muka.....

Masa kecil-kecil dulu memang suka sangat makan kuih talam..tapi bila dah meningkat remaja menuju ke dewasa ni kegemaran itu semakin terhakis..ngeeee.....

Kuih talam kalau dimakan memang sedap,walaupun bersifat dua muka..tapi kalau manusia yg ada pe'el macam tu,memang tak lama la hidup dia.Tak jumpa dengan aku takpe,tapi kalau jumpa...aku teeee keyy...(aku pukul kang)


ni la kuih talam.


Kat depan mata aku pun berlambak manusia cenggini. Kat rumah ni ada terlepas sekoq(biaq pi la nak kata aku kasaq ka).Kita ni punya la layan beliau dengan penuh berhemah dan sopan santun,tapi dibalasnya kita dengan tahi ayam...panas semacam je..

Kalau ikut peribahasa melayu , manusia talam dua muka ialah jenis yg suka bermuka-muka..Bukan suka tukar-tukar muka.....ye..suka tukar-tukar muka pun betul juga...okay lah bukan "betul juga" tapi MEMANG BETUL PUNGGGG!!! suka tukar-tukar muka, dalam erti kata lain manusia MUNAFIK, HIPOKRIT, KEPALA YU EKOR PARI, PLASTIK TESCO, KOSMETIK FACE!!!! Eden dah goram ni......





Depan kita punyaaaaaaa la baik.Dari gaya percakapan,perangai,tingkah laku, etc,. ect., ect.,.punya la sopan,kipas-kipas orang tu memang keja dia la.Ingat takda la masalah ataupun konflik dalaman dengan dia.Rupa-rupanya kat belakang badan mahupun tengkuk dan kepala dia mengata kita kaw-kaw punya.Sebijik macam minum kopi kapal api...boleh buat orang hangin satu badan.nasib baik badan ada satu jekkkk...

Aku memang tak pernah kena dengan dia ni...ataupun memang pernah kena cuma tak tahu a.k.a tak perasan...it's okay it's orait..Tak tahu lagi takpe,tapi bila dah tahu buah kelapa kat kepala kau.Kawan kat rumah ni memang dah kena,tu yang dapat rasakan dia ada mengata aku kat belakang..Memang dasar lompat tikam la kau ni..


ni la lompat tikam..(takde kena mengena pungg)

Patut la budak ni tak lekat kawan..Insafla sebelum maut datang menjemput..(aku pulak yang insap)

sekian, terima kasih.

post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...