Friday, December 31, 2010

KHAIRUL FAHMI DAN GIRLFRIEND NYA, AIMIE ELIA....

"minum teh beng sambil tatap wajah Apek....wah.."

mulo2 skali ambo nok ucap tahniah lah ko pasukan bola sepak Malaysia sebab mene pialo suzuki baru2 ni...tapi keno maing kemah lagi deh, jange duk wat tebolah la abe2 wey..(macam la diorang baca blog aku)

sejak pasukan Malaysia menang, pemain2 mula bertambah2 la peminatnya..salah sorang yang tengah 'hot' sekarang ni mestilah keeper no 1, siapa lagi kalu bukan KHAIRUL FAHMI CHE MAT...berbekalkan wajah yang tampan (cewah) dan kehebatannya menjaga gawang pasukan malaysia telah membuatkan nama beliau melonjak dalam sekelip mata..bahkan dalam akhbar pun dah ada kisah beliau..

kalau nak diikutkan saya ni minat Encik Fahmi sejak pertama kali melihat beliau muncul menjadi 'keeper' Kelantan..masa tu memang dah stat jatuh cinta dgn dia,sampaikan dalam blog pun saya masukkan gambar dia..hehe..suka tgk muka dia yg mcm orang jepun..minat punya pasal saya pun terus bukak fesbuk dan terus 'search' nama beliau dan terus 'add' beliau.masa tu kwn2 fb dia baru mencecah lebih kurang 1000 manusia...dua, tiga hari pastu dia approve..bukan main hepi aku der...rasa macam nak hentak je helmet michael schumacher kat litar sepang..

semasa syok belek2 fb dia tiba2 saya rasa sentap kejap...saya rasa macam nak pukul je member kat sebelah yang tengah tidurkan kucingnya..sebab apa??? der, dia dah ada gewe la..aiiyaakk..dah tu pulak, gewe dia student uitm machang..(kita pernah jumpa ke????)
gambar kat blog saya hari tu sebenarnya di copet dari fesbuk gewe dia la ( pengakuan berani kerana benar)..heheheheh...



kini saya sedar, siapalah saya untuk jatuh hati pada orang jepun..rupa xde,harta apatah lagi...(kesat taik mata)

tapi sekarang beliau begitu fehmes sekali..Fahmi dah fehmes skang...Apek, kau ingat aku lagi tak?? kita penah main congkak sama2 la dulu... (konooooonnnnnn....)

setelah sekian lama tak "buka dan menang" blog ini, saya ada sedikit rasa terkejut dan pelik serta konpius arakian 'terkenjat' sekalipun...kat 'follower' ku ada gambar gewe Fahmi a.k.a Aimie Elia.. i dun bilivit.....yelah, dia bukan nya kenal pun aku..tiba2 jadi follower..mungkin dia nak tambah kawan kot..kan3..tapi betul ke "dia"???

sebab apa terkejut kalau dia jadi follower saya??? sebab nya memang takde sebab pape pun..saje nak wat2 terkejut..maklumlah, dia skang dah fehmes macam fahmi, siap masuk sokkoba ( surat khabar) lagi...fehmes la tussss...kan3..


ni lah gambar dia..heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.........

motif saya tulis entri ni ialah.....saya bangga menjadi rakyat kelantan sekaligus warganegara Malaysia....tak puas hati la tu....

STBSNK : bila kita berjaya sume mengaku saudara la, kawan2 la...padahal sebelum ni orang2 ni lah yang selalu pandang rendah pada kita yang dah sedia rendah ni...tak percaya, tengoklah nanti bila korang berjaya...teringat lagu IKLIM, SELAMAT TINGGAL PENDERITAAN....


post signature

Tuesday, November 9, 2010

KELANTAN MEMANG BERBEZA



baru2 ini ketika keluar makan dgn sorang kawan beliau ada meluahkan pendapatnya kpd saya tentang satu perkara mengenai Kelantan. kawan saya tu orang KL, baru 6 bulan pindah Kelantan.

kata kawan tu,

"saya kadang2 pelik bila tengok orang kapel kat Kelantan ni."

"kenapa??"

"yela, saya tengok mereka ni nak kapel macam malu2...duduk jauh2..kalau jalan pulak, sorang duk depan,sorang jalan belakang..nak pegang tangan malu,kalu pegang pun hujung2 je..kelakar la tgk dorang ni..macam budak sekolah pun ada..."

kawan saya ni agak terbuka sikit, maklumla orang bandar..tapi takpe..masa tu saya diam je, tak cakap apa2..sbb nak pikir....

pndpat saya senang je, ini kelantan..budaya disini sgt berbeza brbanding negeri2 lain. sangat berbeza...sementelah pula diperintah oleh pemimpin yg bergelar Ulama lebih kurang 70 tahun lamanya!!!!!

saya pernah tanya kawan saya dari KL tentang persepsi beliau terhadap Kelantan...kata beliau, kalau nak datang sini mesti wajib pakai tudung, padtu kena pakai jubah...tergelak saya dgr kata2 beliau..inilah kelantan, dibawah pemerintahan ulama, berjaya membawa persepsi itu dalam kalangan rakyat luar..

kalau datang sini anda lihatlah kebanyakan wanitanya adalah bertudung dan berbaju kurung..golongan lelaki dan wanita pula pasti di asingkan dalam setiap majlis..jarang dapat lihat wanita berpakaian seksi, berpeluk-pelukan dan pegang tangan dgn lelaki..kalau ada pun hanya segelintir sahaja..

tiada pusat2 hiburan dibina di kelantan, juga panggung wayang(suatu ketika dulu pernah ada), walaupun pembangunan semakin maju, jalan raya banyak dibina, pusat beli belah semakin bertambah serta bangunan2 kian tumbuh ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..(boleh la...)

berbalik cerita kawan tadi, rakyat kelantan sudah dibudayakan dgn adat2 masyarakat orang melayu serta Islam..bila terjadi perkara2 tak elok atau tak diingini dalam kalangan masyarakat, srta merta ia akan menjadi buah mulut masyarakat setempat..Kelantan sebenarnya masih lagi kampung...

tambahan pula ramai rakyat kelantan yang masih pentingkan agama..buktinya, PAS masih memerintah kelantan tanpa bisa digugat oleh kerajaan pusat..saya bukanlah anti-kerajaan dan pro-pembangkang, tapi keharmonian yg ditunjukkan rakyat kelantan serta mendalam nya penerapan ilmu agama oleh pemimpin membuatkan saya gembira dgn kehidupan sekarang..

sesungguhnya saya bahagia bergelar rakyat kelantan biar apa pun pandangan rakyat luar terhadap kami..nak kat konvensional, tak ada kemajuan, katak bawah tempurung, katalah...saya telah lahir, besar dan belajar di Kelantan selama 21 tahun. jasa saya hanya untuk kelantan..

lagi satu jangan hina kelantan dan rakyatnya..ada jugak yg komen, kata orang kelantan suka berbaju kurung. kolot katanya, siap tanya lagi, tak rimas ke!!!!!???

satu perkara yg paling saya bangga dgn kelantan apabila maajoriti penduduk negeri ni adalah berbangsa melayu!!!! berbanding negeri2 lain yg mana melayu bumiputera makin kurang...

budaya dan pemandangan di sini memang berbeda...namun dari hari ke hari makin menyerupai tempat lain apabila negeri yg digelar serambi mekah ni turut dipalit dgn aktiviti2 maksiat anak2 muda...semakin berubah utk pengetahuan anda semua...

jadi pikir sendiri la kenapa kapel di sini jarang yg pegan2 tangan...kepada CHE MUHD NURHASHIMY, puas hati.....hehehhehehe

namun diharapkan pembangunan di kelantan semakin maju seiring dgn kemajuan Islam...sesuai dgn slogan kami, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM..kepada pemimpin, selalula turun padang ye, jange duk pakat harap kokre laen deh...

post signature

TAHNIAH PASUKAN KELANTAN

tak terlambat lagi kalau saya nak cakap tahniah pada pasukan bola sepak kelantan dan penyokong2 The Red Warriors kerana berjaya merangkul Piala Malaysia 2010 pada 30 November yg lalu..

hasil dari kemenangan itu juga dua orang pemain kelantan iaitu Mohd Shahrul Idlan Thalaha dan pwnjaga gol Khairul Fahmi Che Mat telah mendapat anugerah..

Shahrul Idlan Thalaha telah dianugerahkan sbg Penyerang Terbaik dan Pemain Termahal, sementara Khairul Fahmi mendapat anugerah Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Muda Terbaik pada majlis yg sama...TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!!

Khairul Fahmi juga diserap dalam pasukan kebangsaan oleh K. Rajagopal sbg Penjaga Gol pertama dan akan bersama2 pasukan Malaysia dalam Sukan Asia di Guangzhou nanti...






betul,nilah khairul..


p/s : suka tgk muka Khairul Fahmi. mcm muka orang Jepun....


post signature

Sunday, October 24, 2010

PAHLAWAN MERAH

Kalau sebut je bola sepak Kelantan, memang tak leh lari dengan gelaran THE RED WARRIORS atau PAHLAWAN2 MERAH...sebagai orang kelantan, saya sangat bangga dengan pencapaian pasukan KIJANG setakat ini...dibarisi oleh pemain2 hebat seperti Indraputra, Shahul Idlan, Akmal Rizal, Hai-O, Piya, Azizi Mat Rose, S. Chanturu, dan ramai lagi tlah berjaya menaikkan nama pasukan ini di bawah pimpinan jurulatih B. Sathianathan.

ketika entry ini di tulis, Kelantan telah melayakkan diri ke peringkat akhir setelah berjaya menundukkan Kedah dengan 1-0..Di stadium Bukit Jalil nanti, Kelantan akan mengulangi musim lepas apabila bertemu dengan N9..Jadi sama2 lah kita nantikan pasukan manaka akan menjadi juara Piala Malaysia 2010...semoga tiada lagi kejadian yang tak diingini berlaku nanti..dan semoga juga kelantan menjadi juara..GOMO KELATE GOMO....


banner perlawanan antara Kelantan dan Kedah

pada hari perlawanan antara KELANTAN dgn KEDAH di stadium Sultan Muhammad ke-IV, saya brsama rakan telah turun ke prkarangan stadium utk melihat suasana dan gelagat para penyokong TRW pada sebelah petang sebelum perlawanan...di bawah adalah antara gambar2 yg sempat saya ambil...(teringin nak pakai DSLR)

bergambar di hadapan stadium


para penyokong TRW






gelagat penyokong TRW






beratur panjang sebelum memasuki stadium




pada sebelah malam pula saya menyaksikan sendiri bagaimana kemeriahan penyokong KELANTAN bersorak meraikan kemenangan ..hebat dowh...

STBSNK : final piala malaysia 2010, kelantan bertemu n9...

post signature

APABILA NUR FAZURA DATANG KB MALL

sebagai orang kelantan,memang jarang sangat saya dapat berjumpa dengan selebriti2 popular tanah air..justeru kehadiran mereka ke sini kadangkala amatlah menyeronokkan saya..

semalam (23/10), buat pertama kali saya berpeluang untuk bertemu empat mata dengan pelakon, model dan pengacara terkenal tanah air, yakni Nur Fazura Saifudin yang popular dengan filem Gol & Gincu dan terbaru Pisau Cukur...kehadiran Fazura ke KB Mall adalah semata2 utk mempromosikan produk penjagaan kulit, NUTOX OXYFUSION di samping bertemu peminat beliau..

Kalu nak diikutkan ,saya ni memang minat giler la dengan beliau, terutama selepas tengok lakonan beliau dalam drama Ezora..alaaaa..yg kat dalam slot akasia kat TV3 tu...lakonan beliau dlm menghidupkan setiap watak yg diberi amat berkesan..tak hairanlah kalau beliau pernah diberi anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik satu ketika dulu...memang sudah terbukti lakonan beliau hebat...justeru bila dapat tau yg beliau akan datang ke KB Mall, saya tak lepaskan peluang utk bertemu dgn nya..

berkejar2 saya semata2 utk dapatkan gambar beliau utk jadikan kenangan..bermula dari pintu utama KB Mall sehinggalah masuk ke dalam Pasaraya Pasifik..dah rasa macam wartawan pulak..pedulila orang nak kata apa pun..janji dapat ambil gambar NUR FAZURA...hehheheh...

sewaktu tiba di KB Mall, diiringi staf2 NUTOX dan Pasifik...sanggup ku tunggu..hehehe


setelah berpeluh ketiak,inilah hasilnya dik oiiii...dapat gak snap da picca..

bila tengok dari dekat, cantik jugak si Fazura ni. patutlah ramai pihak yang ambil beliau jadi duta produk. dan paling penting, patutla beliau dapat jadi pelakon...(opppssss..)Ayway,banyak jugak gambar beliau yang sempat saya tangkap,terutama masa kat pentas utama KB Mall...
tapi disebabkan guna kamera telefon, maka kualiti gambar agak kurang memuaskan..(hipotesis).

Fazura memberikan penerangan mengenai NUTOX..tapi rasa macam tengok konsert pulak..




"payung ni kita gunekan utk mengelak dari bertemu wartawan.. ," kata beliau..
Gurau je..


Aikk,macam pernah ku lihat minah ini. laaa...Umi Kalsom rupanya.Gara2 jawab soalan, dapat payung dowh...


"TERIMA KASIH KOTA BHARU" ucap fazura...


sesi menandatangani poster utk peminat.


cewah....nak jugak...


gambar blur ini adalah hasil kreativiti umi kalsom..waaa..mana aci,gambar tak cantik.....


senyum. macam jadi duta ubat gigi pulak.


cantik


Fazura memberikan ucapan sebelum meninggalkan pentas utama


bye..bye..jangan lupa datang lagi ye.


inilah poster yg ditandatangani oleh Fazura


saya ni bukan lah fanatik sangat dengan beliau,tapi bila skali skala datang sini, apa salah nya ambil tandatangan.kan3....
terima kasih ye Fazura kerana sudi datang ke Kelantan...

STBSNK : kata Fazura, selepas ni beliau akan berlakon filem Bujang Terlajak arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen..Tungguuuu....

post signature

Thursday, October 21, 2010

CINTA, KASIH, DAN SAYANG...


straight to the point, saya ada terima satu emel dari sorg rakan...mungkin beliau tahu akan kerinduan yg bersarang di hati terhadap arwah ibu tercinta...bila baca kisah tersebut, menitis air mata saya..

di fesbuk pn ramai yg share kisah ni..mengenai nasihat seorg ibu yg dititipkan utk anak gadisnya..ketika mambacanya saya andaikan ibu saya yg berbicara dan menasihati saya..agak menyentuh perasaan...

hanya ingin memetik sedikit,saya andaikan ini adalah jawapan bagi luahan saya sebelum ini...


"Kakak, mak dulu pun pernah muda remaja..ada juga perasaan ingin mengasihi dan dikasihi...tapi mak nak kakak tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..terpulangla kakak nak layan ke tak,tapi kakak kena pikir keadaan mak kat sini..sanggup ke kakak lihat mak kena seksa..kakak kena sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak kakak belajar sungguh-sungguh,biar jadi orang yang pandai, berguna untuk agama dan bangsa.. ...kakak balaslah cintanya hanya jika dia sah suami kakak.."



"Walaupun mungkin ada perasaan terhadapnya, tapi jangan bagi peluang pada diri kakak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

tapi kakak sayang sangat kat dia, rindu sangat2...

kalau kakak rasa ingin mati jika tak bertemu dgnnya, kakak fikirlah siapa yang ambil nyawa kakak sebenarnya..
kalau kakak rasa rindu sangat padanya, kakak kakak fikirlah betapa Allah menjaga kakak supaya tak bertemu dgnnya, melindungi kakak dari segala maksiat..
Kakak takutlah pada Allah..."

"Bila nak ambil sesuatu tindakan, kakak kena fikir betul-betul sama ada tindakan kakak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau kakak merana semata2 cinta kakak tak kesampaian, bermakna kakak sedang menconteng arang di muka pembawa-pembawa agama..Alirkanlah air mata kakak demi dosa2 yg telah kakak lakukan terhadap Allah yg Maha Agung.. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.."

Salah ke kakak jatuh cinta mak????

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

saya terkesima...orang paling benci????
tiba2 air mata saya mengalir...teringat orang yang saya....benci...
berdosanya aku....

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia."

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya..ingatan saya terus kpd frasa tersebut..

"Orang kafir kata batas-batas antara lelaki dan perempuan suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa..."



"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..

Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "





"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..


Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

mak..kakak rindu kat mak...

post signature

Wednesday, October 20, 2010

jiwang lagi


tadi masa saya ralit (leka) ber"fesbuk"sambil layan TEH BENG, tiba2 terdgr lagu "pelamin anganku musnah" nyanyian AZIE..lagu ni walaupn dah lama, tapi masih rmai yg xjemu2 mndgrnya...gila sampai jatuh beskal dowh...





sebenarnya lgu ni pada satu ketika yg dulu saya dah haramkan dari memasuki kuping telinga gue...sakit la bila dgr lagu ni..nak2 lagi bila situasi tersebut kna kat muka sdiri yg penuh dgn jerawat,jeragat dan jentayu ini...



susah tau bila kita dah btul2 syg kan beliau,namum beliau udah memiliki yg lain..terus, beliau amek keputusan utk mengikat tali rafia dgn chikaro beliau...adeiii...der, lain kali ckap la awl2 kalu dah ada chikaro..ternyata beliau mmg xkan terasa dgn apa yg berlaku..tapi xpela,biala beliau terjun bsama labu2 beliau..huuuuuuu...
tapi kan beliau kata beliau pn sayang kat saya..waaaa..pehal lu ni der..saja nk wat gua sedih berganda2..



setengah orang ada kata "fight for your love"...oiittt..macam xde keja laen la plak..
hidup ni senang je (kadang2 susah gak), tak sume bnda yg kita nak, kita akan dapat..fullstop..
lumrah alam dowh..lagipun Allah dah tentukan jodoh masing2 (stereotaip...)



situasi ini xkan terjadi dalam hidup saya..never!!!


*kembali asal*
skang ni jiwa dah kmbali pulih..lagu Azie pn dah dibolehkan utk mnjadi lagu tema bilik ini seiring dgn usaha utk memartabatkan lagu jiwang se-Malaysia..


p/s : model vc lagu pelamin anganku musnah tu DATUK SANI la dowh...muda remaja lagi..


signature

bila kita berjaya -case study : datuk sani salleh

"minum air teh beng sambil koya (berangan) ...."

takleh blah ar tajuk....kan3...tapi seyes aku memang ada impian..banyak..
penah skali masa kat PLKN dulu, cikgu suruh semua pelatih senaraikan seberapa banyak impian hidup kami..ada yang senaraikan sampai seratus,betul..tak tipu sikit pun..punyala banyak..
tapi betul la,kalu tanya sape2 pun, mereka takkan sebut 1,2 je impian mereka..awak pun ada banyak impian kan...kan3

saya penah senaraikan impian hidup saya atas satu kertas, tp saya dah lupa mana saya letak kertas..maklumla, kertas,main POLIS SENTRY adalah hobi beliau...takpe la nati bila dah dapat tangkap beliau sy serahkan pada awak ye...


back to the topic..( speaking plak,sila pelangkung saya)


saya ni jenis xleh tgk BMW..haaaaa...memang betul,ia sejenis kenderaan automobil samaada kereta atau motor..jnis yg saya xleh tgk ialah kereta la..xleh tgk disini bkan bermaksud bila sy pandang kereta BMW je terus kaki saya patah..ataupun kucin saya jadi lapar, ataupun jugak pakwe saya lari setempat(ada pkwe ke..) salah..itu semua salah....
maksud nya sy ni gilakan kereta BMW...betul...impian saya ialah nak beli kereta tu satu ari nanti..hmmmmm...(senyum lebar)


tp ada yg kata.."alah,mung ni koya je lebih...", "berangan la tu..", "tu mesti nak kawin ngan ank org kaya pastu kikis duit beliau..", "hah, BMW????kau nk pnjam duit aku ke???"



der,berngan xsalah der..skurang2nya aku pikir gak masa depan...xpela klu xde org nk sukun saya,saya xkesah pun..masa depan saya,saya punya hal la..

cuma saya sangat kagum dengan kejayaan Datuk Sani (Sani Express)..kalu awak baca kisah encik datuk,tentu awak tahu betapa sukarnya utk encik datuk jadi seperti sikalang...dari seorang anak muda yg xde pape(harta) sehinggalah jadi bisnessman yg kaya, terkenal dan disegani..dahla tu,ada wisma sdiri, syarikat bas sdiri...(kalu nak balik kampung kompen xyah beli tiket bas....)..sebenarnya ada kisah knp encik datuk buka syarikat bas sdiri..kalu nak tau cari la sdiri kisah encik datuk....




banglo beliau pn besar gila kentang..RUMAH KRISTAL...puyollll!!!! berair mata tgk...



sebab apa bangunan ni dipanggil rumah kristal??? 90% adalah diperbuat drpd kaca yg diimport..diulangi, YANG DIIMPORT...
"kau giler...xpecah ke???? "
"der..kan aku dah ulang tadi, YANG DIIMPORT...apa mslah kau ni..."
"import pn,tapi kalu dah nk pecah, pecah gak..Kan3.."
"okay..."


tp kan saya pn nak tye gak..xmnjejaskan alam sekitar ke..."GREEN HOUSE EFFECT"...wah mantop....

datuk sani kaya sebab apa..sebab encik datuk menyimpan (saving) la, baik pulak tu..dan paling penting encik datuk hormat mak ayah beliau dan sntiasa berusaha mmbahagiakan mereka...saya tau sbb saya dah ckup wat research pasal encik datuk...

konsep nya disini saya nak oyak (bagitau) bahawa sape2 pn boleh berjaya...motivasi tu pnting..sebab tu la masa zaman2 sekolah dulu setiap kali nak peksa mesti ada program motivasi khas utk pelajar,sama ada anjuran pihak sekolah sdiri atau dari pihak luar...





sebenarnya,kisah datuk sani hanyalah secubit dari warna2 kehidupan kita..(akhirnya jumpa gak ayat ni)..banyak lagi perkara yg belum kita lihat, kisah2 kejayaan para insan yg boleh dijadikan motivasi utk kita berjaya, jatuh bangun individu dalam mencapai tongkat kejayaan ( berat2..), dan juga pelbagai pahit getir, tangis tawa, ombak tsunami yg perlu dilangkahi demi segenggam impian...





jgn lupa weyy pada mereka yg byk sukun kita terutama keluarga dan kawan2..paling penting cikgu2 dan pensyarah2 kita..tampa mereka, kita tak pandai wooooo...TERIMA KASIH CIKGU......

bak kata pepatah jepun, "jatuh 7 kali,bangun 8 kali..selepas kali ke-8 merupakan kejayaan kita...."
tapi ingat,Mawi pun penah kata, "world, world jugak, akhirat jgn lupa..."
Wallahualam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...