Friday, November 25, 2011

manusia,sabar,katak dan dotdotdot

Susahla kalau nak cakap pasal manusia ni.Masing-masing ada perangai tersendiri,termasuk kita. Normal la manusia kan. Kalau yang boleh faham tu takpela,tapi kalau yang otak bengap macam kambing, tak boleh nak faham jiwa orang lain,memang tak lama la hidup..nasihat kita, pegi la cepat-cepat tempah batu nisan.


kita hangin betul la dengan seorang manusia ni (tahniah kepada kita kerana masih mampu gunakan perkataan "seorang") . Tak lain dan tak bukan mestila nak ngumpat pasal kawan kannnnnn......


straight to the point, awal-awal hari tu kita dah bagi warning, jangan buat bising ketika orang sedang tidur. Tapi tak tahula apa yang dia tak puas hati sangat dengan kita sampai benda macam ni pun tak boleh nak ikut. Nak study, study je la. Kau buka lampu dalam bilik tu sampai subuh pun kita tak kisah sebenarnya sebab kita ni boleh tidur samaada dalam gelap mahupun cerah. sebab tu lah waktu siang pun kita boleh "jenera" ..tak faham sila minta bantuan Encik Gugel..
Tapi paling kita hilang sabar apabila kau siap nyanyi-nyanyi lagi sambil dengar lagu. Kalau suara sedap macam stacy tu boleh la kita maafkan. Ore klate kato 'buleh wat ngulit'. Tapi masalahnya suara kau membuatkan kita makin payah nak tidur. Apa maknanya??? Makna nya suara kau tak sedap!!!!!!!!!! lebih teruk dari suara katak panggil hujan yang kat luar tingkap tu..patutla Kota Bharu ni dah seminggu turun hujan............





malam tu nak je kita sound kat budak-suara-katak tu. Mestila hangin,dah la esoknya kita ada kelas pukul 8 pagi. Kau nak suruh kita tersengguk-sengguk dalam kelas ke apa..kau tu takpela dah seminggu ponteng kelas


Kita dah kata, kita ni jahat,perangai kitala yang paling teruk dalam rumah ni,malah dalam dunia sekalipun. Tapi kita tak tunjuk lagi sebab kita masih sabar. Semester ni la kita jadi paling penyabar..betul.....


dan disebabkan sifat sabar yang "sikit-sikit" tu la kita tak marah budak tu. Kita keluar terus dari bilik tu dan tidur atas sofa kat luar. Biar kau terasa sikit yang kita ni tengah marah. Tapi sekali lagi kita nak cakap,entah bengap ke apa budak ni,boleh dia buat bodoh je dengan kita,tegur-tegur kita macam takde pape berlaku...nak minta maaf.??? harammmmmmm..geram je nak lempang muka innocent dia pagi tu..Tapi takpe,sabar punya pasal..diulangi, SABAR....




Dah, malas dah kita nak bercakap dengan dia..Malas nak peduli.Tapi kalau sekali lagi dia buat kita marah,automatically, kita akan jadi orang paling jahat dalam rumah ni..Seumur hidup kau akan benci kita..okeisssss...boboiboy.......


*nak bercerita kat orang tu,tapi mungkin dia buzy kat sana..tapi dia macam tak faham je bila kita kata kita tengah marah.kita nak sangat dia tanya kenapa kita marah.i'm very need your attention..........
takpela,pendam lagi...



post signature

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...