Susahla kalau nak cakap pasal manusia ni.Masing-masing ada perangai tersendiri,termasuk kita. Normal la manusia kan. Kalau yang boleh faham tu takpela,tapi kalau yang otak bengap macam kambing, tak boleh nak faham jiwa orang lain,memang tak lama la hidup..nasihat kita, pegi la cepat-cepat tempah batu nisan.
kita hangin betul la dengan seorang manusia ni (tahniah kepada kita kerana masih mampu gunakan perkataan "seorang") . Tak lain dan tak bukan mestila nak ngumpat pasal kawan kannnnnn......
straight to the point, awal-awal hari tu kita dah bagi warning, jangan buat bising ketika orang sedang tidur. Tapi tak tahula apa yang dia tak puas hati sangat dengan kita sampai benda macam ni pun tak boleh nak ikut. Nak study, study je la. Kau buka lampu dalam bilik tu sampai subuh pun kita tak kisah sebenarnya sebab kita ni boleh tidur samaada dalam gelap mahupun cerah. sebab tu lah waktu siang pun kita boleh "jenera" ..tak faham sila minta bantuan Encik Gugel.. Tapi paling kita hilang sabar apabila kau siap nyanyi-nyanyi lagi sambil dengar lagu. Kalau suara sedap macam stacy tu boleh la kita maafkan. Ore klate kato 'buleh wat ngulit'. Tapi masalahnya suara kau membuatkan kita makin payah nak tidur. Apa maknanya??? Makna nya suara kau tak sedap!!!!!!!!!! lebih teruk dari suara katak panggil hujan yang kat luar tingkap tu..patutla Kota Bharu ni dah seminggu turun hujan............
malam tu nak je kita sound kat budak-suara-katak tu. Mestila hangin,dah la esoknya kita ada kelas pukul 8 pagi. Kau nak suruh kita tersengguk-sengguk dalam kelas ke apa..kau tu takpela dah seminggu ponteng kelas
Kita dah kata, kita ni jahat,perangai kitala yang paling teruk dalam rumah ni,malah dalam dunia sekalipun. Tapi kita tak tunjuk lagi sebab kita masih sabar. Semester ni la kita jadi paling penyabar..betul.....
dan disebabkan sifat sabar yang "sikit-sikit" tu la kita tak marah budak tu. Kita keluar terus dari bilik tu dan tidur atas sofa kat luar. Biar kau terasa sikit yang kita ni tengah marah. Tapi sekali lagi kita nak cakap,entah bengap ke apa budak ni,boleh dia buat bodoh je dengan kita,tegur-tegur kita macam takde pape berlaku...nak minta maaf.??? harammmmmmm..geram je nak lempang muka innocent dia pagi tu..Tapi takpe,sabar punya pasal..diulangi, SABAR....
Dah, malas dah kita nak bercakap dengan dia..Malas nak peduli.Tapi kalau sekali lagi dia buat kita marah,automatically, kita akan jadi orang paling jahat dalam rumah ni..Seumur hidup kau akan benci kita..okeisssss...boboiboy.......
*nak bercerita kat orang tu,tapi mungkin dia buzy kat sana..tapi dia macam tak faham je bila kita kata kita tengah marah.kita nak sangat dia tanya kenapa kita marah.i'm very need your attention.......... takpela,pendam lagi...
kita tak tahu kita salah ke tak tapi kita rasa elok kalau kita minta maaf sebab kita rasa kita memang ada buat salah dengan kamu kita bukan marah betul-betul pun hari tu kita gurau-gurau je memang kita ada terasa hati sikit dengan kamu kita terasa hati sebab kamu dah mungkir janji kita sama-sama janji untuk pergi sana tapi .... kita sedar ,kita hanya mampu merancang dan kita juga sedar Allah yang menentukan segalanya takpela, kamu pun dah minta maaf dan kita pun dah maafkan kamu kita tahu kamu tak sengaja kita tahu sangat-sangat
bila kita tak bercakap dengan kamu bukan bermakna kita marah kamu kita cuma bergurau je betul...kita bergurau je.............................
kita memang banyak masalah yang nak perlu diselesaikan kadang-kadang kita rasa diri kita ni lebih dari perdana menteri pula semua benda nak kena fikir padahal tu semua bukan masalah-masalah kita pun saja nak bebankan diri... kita memang kejam kat diri sendiri dan....sebetulnya kita tak suka cerita masalah kat orang memang rumit nak bagitau orang masalah kita kadang-kadang orang salah tafsir akan kata-kata kita kadang-kadang orang salah anggap akan situasi kita susah nak cari yg betul-betul faham
kamu... kita tak tahu macam mana nak minta maaf dengan kamu tapi takpe la..kita rasa kita ada jalan untuk pujuk kamu tapi tak tahu la cara kita akan berhasil atau tak tapi kita akan cuba walaupun kita terpaksa berhabis wang ringgit sekalipun... kita tak kisah demi kamu...kawan kita kita tak kisah sangat-sangat
kita berdua memang la bukan kawan rapat tapi kita hargai sangat-sangat kawan yang kita ada sebab tu kita sanggup bersusah-susah untuk kawan-kawan.. lebih-lebih lagi demi kamu yang sangat baik hati sangat-sangat baik hati......
nak bagi ayat cliche ckit.."hidup ni memang banyak masalah" kita ni bukan la manusia yang baik sangat pun tapi kita cuba nak baik dengan semua orang kita percaya, baik dibalas dengan baik adalah perkara biasa tapi kalau jahat dibalas dengan baik adalah perkara luar biasa kita nak luar biasa..boleh??? kita tak nak gaduh dengan sapa2 pun tapi kita tak faham kenapa orang pandang kita pelik kalau kita buat salah kita minta maafla mungkin kita tak sengaja...
macam mana nak bertolak ansur kalau diri dipijak-pijak bila buat baik ada pulak yg menyelit bila kita marah dicopnya kita macam2...tak puas hatila dengki la,nak publisiti la padahal kita nak bela diri je pun bila diam,kata kita marah padahal kita penat..Allah je tahu betapa penatnya kita penat dgn hal peribadi yg tak habis2,keluarga,kawan2,belajar macam-macam.... tapi kita tak berkongsi dengan orang lain kita tak percaya langsung kat siapa2 takut satu dunia depa dok canang masalah kita memang kita perlukan seseorang yg kita boleh percaya tapi hanya Allah yg tahu bila kita akan jumpa dia berat sangat masalah dalam dada ni...nak keluar,tapi kita kata jangan kejam tak kita????? tapi kita tahu kita kena kuat kita kena belajar berdikari ayah kita pun sorang2,kita faham sangat perasaan ayah kita faham sangat2..........
takpela.... kita boleh buat biasa je kita akan cuba untuk gembira supaya orang sekeliling pun turut sama...gembira kita nak main gurau2,pastu main teka-teki terpulang la depa nak layan ke tak teka-teki kita ni takpela mereka tak faham kita pun sebab mereka tak pernah susahkan kita pun kita suka kawan dengan mereka semua kita suka sangat2............
Masa kecil-kecil dulu memang suka sangat makan kuih talam..tapi bila dah meningkat remaja menuju ke dewasa ni kegemaran itu semakin terhakis..ngeeee.....
Kuih talam kalau dimakan memang sedap,walaupun bersifat dua muka..tapi kalau manusia yg ada pe'el macam tu,memang tak lama la hidup dia.Tak jumpa dengan aku takpe,tapi kalau jumpa...aku teeee keyy...(aku pukul kang)
ni la kuih talam.
Kat depan mata aku pun berlambak manusia cenggini. Kat rumah ni ada terlepas sekoq(biaq pi la nak kata aku kasaq ka).Kita ni punya la layan beliau dengan penuh berhemah dan sopan santun,tapi dibalasnya kita dengan tahi ayam...panas semacam je..
Kalau ikut peribahasa melayu , manusia talam dua muka ialah jenis yg suka bermuka-muka..Bukan suka tukar-tukar muka.....ye..suka tukar-tukar muka pun betul juga...okay lah bukan "betul juga" tapi MEMANG BETUL PUNGGGG!!! suka tukar-tukar muka, dalam erti kata lain manusia MUNAFIK, HIPOKRIT, KEPALA YU EKOR PARI, PLASTIK TESCO, KOSMETIK FACE!!!! Eden dah goram ni......
Depan kita punyaaaaaaa la baik.Dari gaya percakapan,perangai,tingkah laku, etc,. ect., ect.,.punya la sopan,kipas-kipas orang tu memang keja dia la.Ingat takda la masalah ataupun konflik dalaman dengan dia.Rupa-rupanya kat belakang badan mahupun tengkuk dan kepala dia mengata kita kaw-kaw punya.Sebijik macam minum kopi kapal api...boleh buat orang hangin satu badan.nasib baik badan ada satu jekkkk...
Aku memang tak pernah kena dengan dia ni...ataupun memang pernah kena cuma tak tahu a.k.a tak perasan...it's okay it's orait..Tak tahu lagi takpe,tapi bila dah tahu buah kelapa kat kepala kau.Kawan kat rumah ni memang dah kena,tu yang dapat rasakan dia ada mengata aku kat belakang..Memang dasar lompat tikam la kau ni..
ni la lompat tikam..(takde kena mengena pungg)
Patut la budak ni tak lekat kawan..Insafla sebelum maut datang menjemput..(aku pulak yang insap)
hari ni terbaca kat Facebook satu artikel yg di "share" oleh seorang saem dari akhbar Harian Metro...katanya dah lama artikel tu 'tubik' kat HM..tapi baru skang saya tahu...alamak.....
kat bawah ni saya "copy paste" artikel tersebut yg bisa membuatkan saya kembang semangkuk..kehkehehkeh...
PASIR MAS 'KILANG' JELITAWAN
TERSOHOR...gadis Pasir Mas terkenal di Kelantan kerana keaslian kecantikan mereka.
SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.
Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.
Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.
Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.
Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.
Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.
Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.
Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.
Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.
Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.
Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.
“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.
“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.
Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.
Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.
Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.
Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.
Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.
Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.
“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.
“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.
Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.
Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.
Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.
Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.
FAKTA PASIR MAS
Dipercayai dibuka sekitar abad ke-14
Bandar pentadbiran bagi jajahan Pasir Mas
Ia bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah timur dan jajahan Tumpat di sebelah utara
Mempunyai keluasan 57,800 hektar
Populasi penduduk seramai 206,400 orang (2009)
mula tu tak cayo jugop,tapi bilo ado saem oyak bendo ni betul benar,ado sipe kerate akhbar lagi,mako ambo pong cayo la..