Sunday, October 24, 2010

APABILA NUR FAZURA DATANG KB MALL

sebagai orang kelantan,memang jarang sangat saya dapat berjumpa dengan selebriti2 popular tanah air..justeru kehadiran mereka ke sini kadangkala amatlah menyeronokkan saya..

semalam (23/10), buat pertama kali saya berpeluang untuk bertemu empat mata dengan pelakon, model dan pengacara terkenal tanah air, yakni Nur Fazura Saifudin yang popular dengan filem Gol & Gincu dan terbaru Pisau Cukur...kehadiran Fazura ke KB Mall adalah semata2 utk mempromosikan produk penjagaan kulit, NUTOX OXYFUSION di samping bertemu peminat beliau..

Kalu nak diikutkan ,saya ni memang minat giler la dengan beliau, terutama selepas tengok lakonan beliau dalam drama Ezora..alaaaa..yg kat dalam slot akasia kat TV3 tu...lakonan beliau dlm menghidupkan setiap watak yg diberi amat berkesan..tak hairanlah kalau beliau pernah diberi anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik satu ketika dulu...memang sudah terbukti lakonan beliau hebat...justeru bila dapat tau yg beliau akan datang ke KB Mall, saya tak lepaskan peluang utk bertemu dgn nya..

berkejar2 saya semata2 utk dapatkan gambar beliau utk jadikan kenangan..bermula dari pintu utama KB Mall sehinggalah masuk ke dalam Pasaraya Pasifik..dah rasa macam wartawan pulak..pedulila orang nak kata apa pun..janji dapat ambil gambar NUR FAZURA...hehheheh...

sewaktu tiba di KB Mall, diiringi staf2 NUTOX dan Pasifik...sanggup ku tunggu..hehehe


setelah berpeluh ketiak,inilah hasilnya dik oiiii...dapat gak snap da picca..

bila tengok dari dekat, cantik jugak si Fazura ni. patutlah ramai pihak yang ambil beliau jadi duta produk. dan paling penting, patutla beliau dapat jadi pelakon...(opppssss..)Ayway,banyak jugak gambar beliau yang sempat saya tangkap,terutama masa kat pentas utama KB Mall...
tapi disebabkan guna kamera telefon, maka kualiti gambar agak kurang memuaskan..(hipotesis).

Fazura memberikan penerangan mengenai NUTOX..tapi rasa macam tengok konsert pulak..




"payung ni kita gunekan utk mengelak dari bertemu wartawan.. ," kata beliau..
Gurau je..


Aikk,macam pernah ku lihat minah ini. laaa...Umi Kalsom rupanya.Gara2 jawab soalan, dapat payung dowh...


"TERIMA KASIH KOTA BHARU" ucap fazura...


sesi menandatangani poster utk peminat.


cewah....nak jugak...


gambar blur ini adalah hasil kreativiti umi kalsom..waaa..mana aci,gambar tak cantik.....


senyum. macam jadi duta ubat gigi pulak.


cantik


Fazura memberikan ucapan sebelum meninggalkan pentas utama


bye..bye..jangan lupa datang lagi ye.


inilah poster yg ditandatangani oleh Fazura


saya ni bukan lah fanatik sangat dengan beliau,tapi bila skali skala datang sini, apa salah nya ambil tandatangan.kan3....
terima kasih ye Fazura kerana sudi datang ke Kelantan...

STBSNK : kata Fazura, selepas ni beliau akan berlakon filem Bujang Terlajak arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen..Tungguuuu....

post signature

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...