Thursday, October 21, 2010

CINTA, KASIH, DAN SAYANG...


straight to the point, saya ada terima satu emel dari sorg rakan...mungkin beliau tahu akan kerinduan yg bersarang di hati terhadap arwah ibu tercinta...bila baca kisah tersebut, menitis air mata saya..

di fesbuk pn ramai yg share kisah ni..mengenai nasihat seorg ibu yg dititipkan utk anak gadisnya..ketika mambacanya saya andaikan ibu saya yg berbicara dan menasihati saya..agak menyentuh perasaan...

hanya ingin memetik sedikit,saya andaikan ini adalah jawapan bagi luahan saya sebelum ini...


"Kakak, mak dulu pun pernah muda remaja..ada juga perasaan ingin mengasihi dan dikasihi...tapi mak nak kakak tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..terpulangla kakak nak layan ke tak,tapi kakak kena pikir keadaan mak kat sini..sanggup ke kakak lihat mak kena seksa..kakak kena sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak kakak belajar sungguh-sungguh,biar jadi orang yang pandai, berguna untuk agama dan bangsa.. ...kakak balaslah cintanya hanya jika dia sah suami kakak.."



"Walaupun mungkin ada perasaan terhadapnya, tapi jangan bagi peluang pada diri kakak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

tapi kakak sayang sangat kat dia, rindu sangat2...

kalau kakak rasa ingin mati jika tak bertemu dgnnya, kakak fikirlah siapa yang ambil nyawa kakak sebenarnya..
kalau kakak rasa rindu sangat padanya, kakak kakak fikirlah betapa Allah menjaga kakak supaya tak bertemu dgnnya, melindungi kakak dari segala maksiat..
Kakak takutlah pada Allah..."

"Bila nak ambil sesuatu tindakan, kakak kena fikir betul-betul sama ada tindakan kakak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau kakak merana semata2 cinta kakak tak kesampaian, bermakna kakak sedang menconteng arang di muka pembawa-pembawa agama..Alirkanlah air mata kakak demi dosa2 yg telah kakak lakukan terhadap Allah yg Maha Agung.. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.."

Salah ke kakak jatuh cinta mak????

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

saya terkesima...orang paling benci????
tiba2 air mata saya mengalir...teringat orang yang saya....benci...
berdosanya aku....

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia."

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya..ingatan saya terus kpd frasa tersebut..

"Orang kafir kata batas-batas antara lelaki dan perempuan suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa..."



"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..

Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "





"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..


Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

mak..kakak rindu kat mak...

post signature

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...