Tuesday, January 11, 2011

TEH TIMBANG BAHAYA KE?????

"mulai dari saat ini TEH BENG ditukar jadi KOPI BENG...."

baru2 ni keluar cerita kat akhbar2 utama mengenai bahayanya teh timbang utk kesihatan..sebenarnya saya dah lama tahu tentang hal ni, cuma pelik kenapa baru sekarang isu ni timbul..memng la teh timbang ni bahaya, sbb ia mengandungi bahan pewarna yg tinggi..yela, teh ni kan sesuai utk buat TEH BENG sbb warna ia pekat..xmacam teh uncang...tapi saya dah lama tau bnda ni bahaya, dan minum pun jarang2 je ( tp tetap minum, nk wat camne dh suka..hehehehehe

dah berabad dah org tau betapa bahayanya benda ni..mungkin baru skarang pihak kementerian kesihatan nak ambil tindakan kot..mungkin baru sekrang dorang kaji akta peraturan makanan kottttt..kehkehekeh....

tp mengikut laporan yg dibut oleh pihak akhbar, kebanyakan yg guna teh timbang ni ialah rakyat kelantan...tak kira kat kwn bandar ke, kampung ke, sumer balun...kenapa ye????


teh........


......timbang

ada org kata sbb rakyat kelantan "kampung" sikit, xsekolah tinggi..ye ke??? tapi lecturer saya kata rakyat kelantan la yg paling ramai masuk universiti berbanding negeri2 lain..saya juga dapat tahu yg rakyat kelantan paling ramai berhijrah ke bandar2 besar spt KAY-EL, SELANGOR dll...(tp skarang xtau la cmne kan)..23% tenaga pengajar di unibasiti seluruh negara adlah rakyat kelantan....


JELI 2 Jan. – Teh timbang atau teh sukat yang amat digemari oleh penduduk di negeri ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan, Ahmad Nadzri Sulaiman berkata, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.

“Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di rata-rata kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama,” katanya.

Katanya, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.

Sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Kesihatan Kelantan dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan pihak itu.

Peniaga restoran, Meriyam Sholah, 45, berkata beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu.

“Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising,” katanya.

Katanya, harga teh timbang juga lebih murah berbanding teh uncang dan perkara itu penting bagi perniagaannya.

Puad Zainudin, 50, pula berkata beliau pernah mendengar mengenai bahaya penggunaan teh timbang bagaimanapun tetap menggunakannya.

“Saya beli yang harga RM12 sekilo, yang murah RM7 sekilo...yang murah aroma teh tak kuat,” katanya. – BERNAMA


post signature

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...